Sebelum menyediakan 'artwork' untuk stiker label anda, anda perlu mengenalpasti TIGA bahagian stiker pada 'artwork' anda. Berikut merupakan senarai bahagian-bahagian penting yang perlu dikenalpasti.
- Jarak sebanyak 2mm perlu diperuntukkan dari kandungan rekaan anda ke DIE LINE (Potongan Sebenar) bagi memberikan ruang ±1mm untuk toleransi potongan.
- Merangkumi elemen-elemen penting dalam rekaan anda.
- Elemen-elemen tersebut ialah TEKS, GAMBAR & REKAAN-REKAAN PENTING yang perlu dicetak pada stiker anda.
- Garisan potongan rekaan anda.
- Ini merupakan saiz sebenar stiker yang ingin dicetak.
- 2mm perlu dilebihkan daripada latarbelakang rekaan anda.
- Lebihan ini mestilah 2mm dari semua sisi (tinggi dan lebar).
Berikut adalah keadaan yang berlaku semasa proses potongan stiker sekiranya 'Die Line' tidak diberikan jarak 2mm untuk SAFE ZONE dan 2mm untuk BLEED sebagai toleransi ±1mm potongan sebenar.
Langkah 1 - sediakan 3 mukasurat (Page) PDF.
- 'Artwork' penuh hendaklah termasuk saiz BLEED
- 'Artwork' penuh hendaklah memenuhi syarat SAFE ZONE, DIE LINE & BLEED
Semua 'Artwork' yang dihantar untuk cetakan hendaklah di dalam format PDF. Anda boleh menggunakan Adobe Illustrator / CorelDraw untuk menghasilkan PDF.
MUATTURUN contoh 'file' PDF untuk cetakan.
KLIK DI SINI untuk melihat ATURAN ('SETTING') untuk menghasilkan PDF di Adobe Illustrator & CorelDraw